Monday, April 28, 2008

SITI GEGAR TELUK INTAN



Teluk Intan - 12/07/02, Buat julung kalinya selebriti terkenal di Malaysia dan di peringkat antarabangsa iaitu Siti Nurhaliza Tarudin telah sudi menerima jemputan untuk menjayakan program Majlis Makan Malam Amal “ Kami Prihatin Terhadapmu ” di Dewan Bandaran Teluk Intan Perak. Program yang dianjurkan oleh Kelab PROSTAR Hilir Perak dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Hilir Perak ini telah diadakan bagi membantu badan – badan NGO’s yang lain seperti rumah anak yatim Sinar Intan, Rumah Pengasih dan juga kepada golongan kanak-kanak istimewa . Ini secara tidak langsung telah menaikkan imej Kelab dan berjaya mempromosikan Kelab PROSTAR Hilir Perak di seluruh Malaysia. Program ini telah dipertandingkan di konvensyen negeri dan kebangsaan.Tidak lupa di ucapkan setinggi–tinggi terima kasih kepada semua anggota kesihatan seluruh Negeri Perak terutama Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Tn Dr. Hj. Abdul Razak bin Haji Kechik dan juga dengan bantuan daripada Kelab PROSTAR Malaysia.

1 comment:

ARP Daerah Jempol said...

Assalammualaikum...

emmmmmmmmmm....ada blog prostar baru nampaknya.... KELAB PROSTAR JEMPOL ucapkan selamat menyertai blog ok..

* hai macam kenal jer sapa tuan punya peminat citer blog ini....

www.kelabprostarjempol.blogspot.com